Tuesday 31 March 2015

ZIKIR MAKANAN ROHANI

Makanan yang baik dan bersih untuk roh ialah zikir , tasbih, solat, membaca al-Quran, selawat dan sebagainya. Bila makanan yang baik untuk roh ini diberikan maka roh itu akan subur dan sihat.  Ertinya kalau roh sihat, individunya jadi orang yang baik-baik dan soleh.




Bahagian Bina Insan dan Pra Sekolah telah bekerjasama dalam membuat penambahbaikkan dalam Modul Pendidikan Islam Tabika dengan menumpukan lebih kepada Pendidikan Ibadah dan Al-Quran kepada kanak-kanak tabika. Antara penambahbaikkanya adalah dengan mewajibkan setiap kali waktu pengajaran dan pembelajaran perlu dimulakan dengan zikir Asma Ul Husna, Selawat Badriyah dan Senandung Al Fatihah.  Bukan setakat  waktu pembelajaran malah setiap kali program dan majlis yang dianjurkan oleh Jabatan KEMAS perlu dimulai dengan zikir Asma Ul Husna.




Pada 10 Mac 2015 yang lalu telah diadakan Majlis Penerangan Program Penghayatan Pendidikan Islam KEMAS Parlimen Tg. Malim di Tabika KEMAS Felda Gunung Besout 02, Sungkai yang melibatkan kanak-kanak tabika dari Tabika KEMAS Gugusan Besout..  Majlis ini diadakan bagi memberi penerangan kepada Ibu bapa dan Jawatankuasa Tabika berkenaan dengan kepentingan Modul Ibadah dan Al-Quran ini dalam pendidikan anak-anak.




Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang, En Helmi bin Zulkifli, Naib Pengerusi JKKR Felda Gunung Besout 02 En Kamaruddin bin Khalid dan Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Tg. Malim, Tn Hj Syed Mohd Damiri bin Syed Mohd Nor.  Dengan penghayatan dalam Modul Ibadah dan Al-Quran ini memberi harapan agar anak-anak yang lahir dari tabika KEMAS ini menjadi manusia yang berilmu dan beramal.

No comments:

Post a Comment