Monday 13 October 2014

MAJLIS PERLANCARAN KOSPEN DI TROLAK PEKAN









TROLAK PEKAN - Pada 12 Oktober 2014 yang lalu telah diadakan Majlis Perlancaran "PROGRAM KOMUNITI SIHAT, PERKASA NEGARA"(KOSPEN) di Trolak Pekan.  Trolak Pekan merupakan kampung yang berada di bawah DUN Slim yang terpilih bersama-sama dengan Kg Kuala Slim.  Program ini berjaya menarik anggaran seramai 150 orang masyarakat yang hadir.






Majlis ini bermula seawal jam 7.30 pagi pendaftaran dan minum pagi.  Kemudian Majlis ini diteruskan dengan senamrobik yang diketuai oleh Pegawai Kesihatan dari Poliklinik Slim River dan diteruskan dengan aktiviti berjalan 10000 langkah. Aktiviti berjalan 10000 langkah ini di bertujuan bagi menggalakan masyarakat kampung menjalani kehidupan yang sihat. Ingin mengetahui lebih berkaitan dengan berjalan 10000 langkah ini, admin share link disini http://www.infosihat.gov.my/infosihat/projekkhas/10000_langkah.php





Selesai aktiviti berjalan 10000 langkah, program diteruskan dengan majlis perlancaran dimulai dengan bacaan doa dan ucapan aluan oleh Dr. Nazneen bt Zainuddin (Pegawai Kesihatan Poliklinik Slim River) serta ucapan aluan oleh Ketua Kampung Trolak Pekan Encik Zainal Abidin b Abd Rahman.  Kemudian majlis dilancarkan oleh Dr. Ngaesah bt Abd Hamid, Pegawai Perubatan Daerah Batang Padang.


Turut hadir dalam program tersebut Ketua Cawangan Trolak Pekan Tuan Hj Ibrahim bin Ahmad, Ketua Kampung Kg Kuala Slim Syukrirazi bin Mohd Saad, Ketua Kampung Orang Cina Encik Lim Kit Siang dan MT Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Tg. Malim Cik Rohani bt Hj Khalid.






Selain itu terdapat juga aktiviti lain diadakan seperti pertandingan memaqsak dan dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah.  Ceramah kesihatan "Pemakanan Sihat" telah disampaikan oleh Pegawai Pemakanan Daerah Batang Padang Puan Nor Azira.  Juga diadakan pameran kesihatan dan saringan kesihatan .






Diharap dengan program seperti ini dapat menggalakkan masyarakat luar bandar sedar kepentingan menjaga kesihatan agar kehidupan mendatang dapat melahirkan generasi yang sihat dan cerdas.














1 comment:

  1. Assalamualaikum..
    mcm mana nak daftar kelas menjahit dengan kemas ya?

    ReplyDelete