Monday 13 October 2014

MAJLIS PERLANCARAN KOSPEN DI TROLAK PEKAN









TROLAK PEKAN - Pada 12 Oktober 2014 yang lalu telah diadakan Majlis Perlancaran "PROGRAM KOMUNITI SIHAT, PERKASA NEGARA"(KOSPEN) di Trolak Pekan.  Trolak Pekan merupakan kampung yang berada di bawah DUN Slim yang terpilih bersama-sama dengan Kg Kuala Slim.  Program ini berjaya menarik anggaran seramai 150 orang masyarakat yang hadir.






Majlis ini bermula seawal jam 7.30 pagi pendaftaran dan minum pagi.  Kemudian Majlis ini diteruskan dengan senamrobik yang diketuai oleh Pegawai Kesihatan dari Poliklinik Slim River dan diteruskan dengan aktiviti berjalan 10000 langkah. Aktiviti berjalan 10000 langkah ini di bertujuan bagi menggalakan masyarakat kampung menjalani kehidupan yang sihat. Ingin mengetahui lebih berkaitan dengan berjalan 10000 langkah ini, admin share link disini http://www.infosihat.gov.my/infosihat/projekkhas/10000_langkah.php





Selesai aktiviti berjalan 10000 langkah, program diteruskan dengan majlis perlancaran dimulai dengan bacaan doa dan ucapan aluan oleh Dr. Nazneen bt Zainuddin (Pegawai Kesihatan Poliklinik Slim River) serta ucapan aluan oleh Ketua Kampung Trolak Pekan Encik Zainal Abidin b Abd Rahman.  Kemudian majlis dilancarkan oleh Dr. Ngaesah bt Abd Hamid, Pegawai Perubatan Daerah Batang Padang.


Turut hadir dalam program tersebut Ketua Cawangan Trolak Pekan Tuan Hj Ibrahim bin Ahmad, Ketua Kampung Kg Kuala Slim Syukrirazi bin Mohd Saad, Ketua Kampung Orang Cina Encik Lim Kit Siang dan MT Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Tg. Malim Cik Rohani bt Hj Khalid.






Selain itu terdapat juga aktiviti lain diadakan seperti pertandingan memaqsak dan dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah.  Ceramah kesihatan "Pemakanan Sihat" telah disampaikan oleh Pegawai Pemakanan Daerah Batang Padang Puan Nor Azira.  Juga diadakan pameran kesihatan dan saringan kesihatan .






Diharap dengan program seperti ini dapat menggalakkan masyarakat luar bandar sedar kepentingan menjaga kesihatan agar kehidupan mendatang dapat melahirkan generasi yang sihat dan cerdas.














Thursday 2 October 2014

MAJLIS PERLANCARAN KOSPEN DI PPSK SERI GALA



Slim - Pada 07 September 2014 yang lalu telah diadakan Majlis Perlancaran KOSPEN di Dewan Serbaguna, PPSK Seri Gala anjuran Jabatan kesihatan Daerah Slim/ Tg Malim dan KEMAS sebagai urusetia anjuran tersebut.  Kehadiran masyarakat kampung yang bersama-sama menjayakan majlis dianggarkan seramai 120 orang.

Masyarakat kampung mula memenuhi dewan

Pendaftaran kehadiran
Sementara menunggu kehadiran tetamu jemputan, tepat jam 7.30 pagi program ini dimulakan dengan memberi taklimat berkenaan dengan perjalanan acara 10,000 langkah oleh Pegawai Perubatan Tg. Malim, Dr Nur Kamisah.

Sesi taklimat sebelum memulakan acara 10,000 langkah





Selain dari acara 10000 langkah, terdapat juga pemeriksaan kesihatan seperti darah tinggi, BMI, cardivaskular dan diabetis serta terdapat acara-acar yang melibatkan masyarakat kampung seperti isi air dalam botol, pancing ikan, sambut belon berisi air adalah acara bagi kanak-kanak manakala acara orang dewasa seperti golf kampung.

pameran kesihatan


pemeriksaan kesihatan

Turut hadir dalam majlis tersebut Encik Anggun Che Sulong bin Samsuri, Ketua Pemuda UMNO Cawangan mewakili ADUN Behrang Dato, Hjh Rusnah bt Kasim, Encik Hj Md Azizan bin Osman, Pengurus Felcra Kawasan Seri Gala Berhad, Ketua UMNO Cawangan Encik Zuber bin Ahmad dan Ketua Peserta Felcra Kawasan Seri Gala, Encik Hamdan.







Friday 26 September 2014

RESEPI KEPAK AYAM BAKAR MANIS PEDAS... MELETOP!!!!!





BAHAN-BAHAN :

10 Kepak ayam ( 4 orang makan )
  4 Sudu besar sos tiram
  2 Sudu besar serbuk cili ( kalau tak mahu pedas, boleh kurangkan )
  2 Sudu besar gula
  1 Sudu lada hitam ditumbuk kasar ( kalau guna serbuk lada hitam kurang sedap )
  4 Sudu besar cili sos


CARA-CARANYA :

- Campurkan semua bahan-bahan diatas ke dalam ayam.
- Perap selama 4 jam. ( kalau nak bakar terus pun boleh, tapi kalau perap lagi sedap ).  
  Kemudian masukkan dalam peti ais.
- Selepas 4 jam baru boleh di bakar...;)

   

* Bagi yang tiada periuk ajaib, oven biasa pun boleh.  Panggang di atas bara api pun sodap.


Resepi ini admin ambil dari Pemaju Masyarakat PKK KEMAS, Raja Siti Zaharah bt Raja Abd Razak semasa mereka mengadakan Bengkel Dwi Mingguan.  Untuk dapatkan resepi lain..admin akan update resepi yang lagi ENAK, SEDAP, MELETOP dan TERLAJAK LARIS dalam blog ini ok?.... Tunggu next post yer sahabat2.

DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA............

Tanjung Malim - Disini Lahirnya Sebuah Cinta.....  Cinta kepada Tanah Air adalah antara cinta yang perlu di tanam dalam hati setiap rakyat sejak mereka kecil lagi.  Tanpa perasaan cinta kepada tanah air, kita tidak akan menghargai nikmat keamanan dan kesenangan yang sedang kita nikmati hari ini. 

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, kami mempertontonkan kepada semua warna-warni kanak-kanak dan kakitangan KEMAS menyambut kemerdekaan dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan.

 

Pertandingan Mewarna Ibu dan Anak




Perarakan Bendera





Semoga dengan didikan cinta kepada tanah air sejak dari kecil akan mendidik anak-anak ini untuk lebih menghargai nikmat keamanan dan kesenangan yang mereka kecapi hari ini.  Anak-anak ini adalah pewaris negara. Janganlah kita mengotori pemikiran anak-anak ini dengan perasaan hasad dengki sesama kaum.  Disini disertakan video Nyanyian anak-anak TABIKA KEMAS ini bertajuk WARISAN...  Tuan-tuan dan Puan-puan boleh terus klik  https://www.facebook.com/video.php?v=1539021066332573&set=vb.100006740836701&type=2&theater


Thursday 25 September 2014

MAJLIS PERLANCARAN KOSPEN DI KG KELAWAR

Tanjung Malim - Pada 24 Ogos 2014 bersamaan 28 Syawal 1435 H yang lalu telah diadakan Majlis Perlancaran KOSPEN di Kg Kelawar, Behrang Stesen.  Program anjuran Jabatan Kesihatan Daerah Batang Padang bersama dengan KEMAS serta JKKK Kg Kelawar ini telah menarik anggaran 120 orang masyarakat yang hadir tanpa mengira kaum.

Antara barisan Jawatankuasa KOSPEN Kg Kelawar dan kakitangan kesihatan
Program dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan senamrobik dan seterusnya taklimat disampaikan oleh Dr. Nur Kamisah, Pegawai Kesihatan Klinik Tanjung Malim berkaitan dengan perjalanan dan pengisian program.
Berjalan 1000 langkah yang turut disertai oleh kanak-kanak.





Antara pengisian dalam program ini ialah pemeriksaan kesihatan, pameran kesihatan, berjalan 1000 langkah dan senamrobik.  Program ini turut diselitkan program aspek wanita yang dianjurkan oleh KEMAS.

Pemeriksaan Kesihatan yang sedang dijalankan oleh Jawatankuasa KOSPEN



Turut hadir dalam program ini Pegawai Perubatan Daerah Batang Padang Dr. Ngaesah bt Abd Hamid seterusnya merasmikam majlis perlancaran tersebut.

Ucapan Perasmian Dr. Ngaesah bt Abd Hamid, Pegawai Perubatan Daerah Batang Padang

Ucapan Aluan dari Ketua Kg Kelawar, Tn Hj Sapuan bin Kamis