Wednesday 25 November 2015

KURSUS RAUDHATUL JANNAH KEMAS PARLIMEN TG. MALIM SIRI 2/2015

Slim River - 13 Oktober 2015 yang lalu telah diadakan Kursus Raudhatul Jannah KEMAS Parlimen Tg. Malim dengan kerjasama PERKIM Cawangan Parlimen Tg. Malim.  Kursus ini diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Slim.










Program ini dirasmikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Slim Tuan Khairunshakirin bin Ariffin. Turut hadir Timbalan Pegawai Tadbir Agama, Yang di Pertua PERKIM Cawangan Parlimen Tg. Malim dan Tn Hj Syed Mohd Damiri bin Syed Mohd Nor Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Tg. Malim.



MINI KONVOKESYEN GABUNGAN 9 TABIKA KEMAS PARLIMEN TG. MALIM

Tg. Malim - Pada 8 NOvember 2015 yang lalu telah diadakan Mini KOnvokesyen Kanak-kanak Gabungan 9 Tabika KEMAS Parlimen Tg. Malim bertempat di Dewan Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI).  Majlis dirasmikan oleh Pengarah KEMAS Negeri Perak Tuan Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi.



Turut hadir En Helmi bin Zulkifli Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang, Tn Hj Syed Mohd Damiri bin Syed Mohd Nor Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Tg. Malim, Puan Sharifah bt Mohamed MT Penyelia Pra Sekolah, Pemimpin0pemimpin tempatan dan wakil-wakil jabatan.





BROWNIES KEDUT



'Tak Rasa Maka Tak Suka' itu lah yang dapat digambarkan apabila melihat BROWNIES KEDUT yang diajar oleh PM PKK KEMAS Parlimen Tg. Malim Cik Nurul Hidayah binti Hamdan di Kelas PKK Kelan Halt, Slim River.







MAJLIS KONVOKESYEN KEMAHIRAN MALAYSIA KALI KE -8 2015

Majlis Konvokesyen Kemahiran Malaysia kali ke-8 2015 yang berlangsung pd 30-31 Oktober 2015. Tahniah diucapkan kepada cik Rohani Hj Khalid (Ayong Anne) yang menerima Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia DLKM Tahap 5 KEMAS Negeri Perak dan Tahniah juga kepada cik Nurul Hidayah yang menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Ketua Seksyen Penyedia Makanan Tahap 3 Akademi Kemahiran Malaysia, Gopeng dan juga tahniah kpd Puan Moli Taharim menerima Sijil Kemahiran Malaysia Pengubah Bunga. Tahniah...semoga dapat menjadi inspirasi kepada semua kakitangan KEMAS agar lebih berjaya dlm bidang / jurusan yang d ceburi...





BENGKEL JURULATIH UTAMA(JU) BAHAN BANTU MENGAJAR

Bermula 26.10.2015 yang lalu telah diadakan Bengkel Jurulatih Utama (JU) Bahan Bantu Mengajar yang telah dianjurkan oleh KEMAS Ibu Pejabat Putrajaya.  Bengkel ini diadakan bagi mereka yang mempunyai kemudahan Interactive White Board (IWB) di tabika.  Bengkel ini berakhir pada 29.10.2015.  Semoga dengan adanya bengkel ini dapat memberi manfaat kepada Pemaju Masyarakat yang terlibat.






KUSYEN ROSE

Felda Gunung Besout - 27 Oktober 2015 yang lalu  Di KKD Kilang Besout telah diadakan kelas PKK dengan pembelajaran cara membuat Kusyen Rose.  Puan Moli binti Taharim  PM PKK KEMAS Parlimen Tg. Malim merupakan tenaga pengajar di kelas tersebut.





PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA

Kg Rasau - 24 Oktober yang lalu diadakan Program Kacau Bubur Asyura di Bangunan Khas Kelas PKK Kg Rasau.