Friday 26 September 2014

RESEPI KEPAK AYAM BAKAR MANIS PEDAS... MELETOP!!!!!





BAHAN-BAHAN :

10 Kepak ayam ( 4 orang makan )
  4 Sudu besar sos tiram
  2 Sudu besar serbuk cili ( kalau tak mahu pedas, boleh kurangkan )
  2 Sudu besar gula
  1 Sudu lada hitam ditumbuk kasar ( kalau guna serbuk lada hitam kurang sedap )
  4 Sudu besar cili sos


CARA-CARANYA :

- Campurkan semua bahan-bahan diatas ke dalam ayam.
- Perap selama 4 jam. ( kalau nak bakar terus pun boleh, tapi kalau perap lagi sedap ).  
  Kemudian masukkan dalam peti ais.
- Selepas 4 jam baru boleh di bakar...;)

   

* Bagi yang tiada periuk ajaib, oven biasa pun boleh.  Panggang di atas bara api pun sodap.


Resepi ini admin ambil dari Pemaju Masyarakat PKK KEMAS, Raja Siti Zaharah bt Raja Abd Razak semasa mereka mengadakan Bengkel Dwi Mingguan.  Untuk dapatkan resepi lain..admin akan update resepi yang lagi ENAK, SEDAP, MELETOP dan TERLAJAK LARIS dalam blog ini ok?.... Tunggu next post yer sahabat2.

DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA............

Tanjung Malim - Disini Lahirnya Sebuah Cinta.....  Cinta kepada Tanah Air adalah antara cinta yang perlu di tanam dalam hati setiap rakyat sejak mereka kecil lagi.  Tanpa perasaan cinta kepada tanah air, kita tidak akan menghargai nikmat keamanan dan kesenangan yang sedang kita nikmati hari ini. 

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, kami mempertontonkan kepada semua warna-warni kanak-kanak dan kakitangan KEMAS menyambut kemerdekaan dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan.

 

Pertandingan Mewarna Ibu dan Anak




Perarakan Bendera





Semoga dengan didikan cinta kepada tanah air sejak dari kecil akan mendidik anak-anak ini untuk lebih menghargai nikmat keamanan dan kesenangan yang mereka kecapi hari ini.  Anak-anak ini adalah pewaris negara. Janganlah kita mengotori pemikiran anak-anak ini dengan perasaan hasad dengki sesama kaum.  Disini disertakan video Nyanyian anak-anak TABIKA KEMAS ini bertajuk WARISAN...  Tuan-tuan dan Puan-puan boleh terus klik  https://www.facebook.com/video.php?v=1539021066332573&set=vb.100006740836701&type=2&theater


Thursday 25 September 2014

MAJLIS PERLANCARAN KOSPEN DI KG KELAWAR

Tanjung Malim - Pada 24 Ogos 2014 bersamaan 28 Syawal 1435 H yang lalu telah diadakan Majlis Perlancaran KOSPEN di Kg Kelawar, Behrang Stesen.  Program anjuran Jabatan Kesihatan Daerah Batang Padang bersama dengan KEMAS serta JKKK Kg Kelawar ini telah menarik anggaran 120 orang masyarakat yang hadir tanpa mengira kaum.

Antara barisan Jawatankuasa KOSPEN Kg Kelawar dan kakitangan kesihatan
Program dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan senamrobik dan seterusnya taklimat disampaikan oleh Dr. Nur Kamisah, Pegawai Kesihatan Klinik Tanjung Malim berkaitan dengan perjalanan dan pengisian program.
Berjalan 1000 langkah yang turut disertai oleh kanak-kanak.





Antara pengisian dalam program ini ialah pemeriksaan kesihatan, pameran kesihatan, berjalan 1000 langkah dan senamrobik.  Program ini turut diselitkan program aspek wanita yang dianjurkan oleh KEMAS.

Pemeriksaan Kesihatan yang sedang dijalankan oleh Jawatankuasa KOSPEN



Turut hadir dalam program ini Pegawai Perubatan Daerah Batang Padang Dr. Ngaesah bt Abd Hamid seterusnya merasmikam majlis perlancaran tersebut.

Ucapan Perasmian Dr. Ngaesah bt Abd Hamid, Pegawai Perubatan Daerah Batang Padang

Ucapan Aluan dari Ketua Kg Kelawar, Tn Hj Sapuan bin Kamis


HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PERINGKAT ZON 1




Slim River - Pada 21 Ogos 2014 yang lalu telah diadakan Hari Potensi Kanak-Kanak TABIKA KEMAS Peringkat Zon 1 yang melibatkan Daerah Batang Padang ( Parlimen Tapah dan Tg. Malim ) dan Daerah Hilir Perak ( Parlimen Bagan Datoh dan Teluk Intan ) yang diadakan di Dewan Besar Trolak Utara, Sungkai.  Anggaran seramai 200 orang yang hadir dalam majlis tersebut.



Turut hadir dalam menjayakan tersebut Puan Zalina bt Zainal Abidin ( Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat ) sebagai perasmi, Puan Hjh Zainun bt Ahmad (Penyelia Kanan Kawasan Teluk Intan ), Encik Jifridin bin Ismail ( Pengawai KEMAS Daerah Batang Padang ), Tuan Hj Syed Mohd Damiri bin Syed Mohd Nor ( Penyelia Kanan Kawasan Tg. Malim ) dan En. Ismail bin Zakaria, Ketua UMNO Cawangan Felda Trolak Utara.


Acara diadakan di 3 tempat berasingan.  Bagi acara Boneka Tangan, Tarian, Nasyid dan Kompang Berformasi telah dijalankan di Dewan Besar Trolak Utara.





Acara Kanak-kanak Cemerlang, PM Inovasi dan Rekacipta di jalankan di Tabika Felda Trolak Utara.







Acara individu seperti Story Telling, Bercerita, Tilawah dan terjemahanya dan Pidato dijalankan di Dewan GPW.





Perasmian dilancarkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat KEMAS Malaysia, Puan Zalina bt Zainal Abidin.  Beliau meluahkan rasa gembira dan bangga kepada anak-anak TABIKA tidak lupa juga kepada Ibu Bapa dan Jawatankuasa TABIKA yang bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis tersebut.


HARI POTENSI KEMAS PARLIMEN TG. MALIM



08 Ogos 2014, Slim River “Meluntur Buluh Biarlah Dari Rebungnya” peribahasa tersebut menerangkan bahawa anak-anak perlulah dididik bermula sejak kecil kerana anak-anak ibarat kain putih yang perlu kita corakkan dengan corak yang menarik dan perlu dipenuhkan dengan ilmu dan akhlak.

Pada tahun ini, Hari Potensi Kanak-kanak KEMAS bertemakan pertandingan dalaman seperti Pertandingan Tilawah dan terjemahanya, Nasyid, Rekacipta, Tarian, Pidato, Bercerita, Story Telling, Kompang Berformasi, Kanak-kanak Cemerlang dan PM Inovasi dan Interactive Whiteboard.  

Hari Potensi KEMAS Parlimen Tg. Malim bertujuan ingin melihat bakat-bakat yang ada pada kanak-kanak dan seterusnya memilih mereka untuk ke peringkat yang lebih jauh. Disini disertakan gambar sepanjang perjalanan Hari Potensi KEMAS Parlimen Tg. Malim. Semoga mendapat manfaat..;)

Pendaftaran peserta-peserta

Pertandingan Rekacipta yang memerlukan kreativiti yang tinggi untuk menjayakanya.
Syabas! Anak-anak..
Pertandingan Kompang Berformasi

Tarian

Boneka Tangan

Nasyid

Tarian
Turut hadir dalam menjayakan majlis ialah Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Tg. Malim, Tn Hj Syed Mohd Damiri b Syed Mohd Nor dan Penyelia Pra Sekolah Parlimen Tambun, Puan Noorfadhilah bt Bahari sebagai hakim di majlis tersebut.