Monday 16 June 2014

PENYAKIT TAK BERJANGKIT, JOM AMBIL TAHU!!!!


14hb Jun 2014, Slim River – Bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Slim telah diadakan Majlis Perasmian Komuniti Sihat, Perkasa Negara (KOSPEN) Kuala Slim, Slim River. Program yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang dengan kerjasama  KEMAS Parlimen Tg. Malim ini bertujuan bagi membentuk komuniti sihat melalui gaya hidup sihat disamping meluaskan capaian program komuniti bagi membentuk komuniti sihat bebas dari penyakit Non-Communicable Disease(NCD) atau dikenali penyakit yang tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya dengan mewujudkan sukarelawan kesihatan terlatih dikalangan ahli komuniti.




Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan pendaftran jemputan dan program diteruskan dengan berjalan seribu langkah disekitar kampung.  Seusai tamat berjalan seribu langkah, program diteruskan dengan senamrobik yang melibatkan masyarakat awam.  Perasmian disempurnakan oleh Pegawai Pentadbir/UD54 Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang, Dr. Nagesah binti Hamed.  Disamping itu, terdapat juga pemeriksaan kesihatan dan pameran daripada pihak kesihatan. Dalam ucapan dasar beliau, beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama KEMAS dalam program ini kerana KEMAS memainkan peranan penting dalam memberi pendedahan dan kesedaran kepada komuniti berkenaan dengan penyakit tidak berjangkit.


 Anggaran seramai 150 orang yang hadir dalam menjayakan program ini.  Harapan beliau agar Pejabat Kesihatan, KEMAS dan komuniti dapat menjalinkan hubungan yang erat dalam memartabatkan komuniti yang berada di Daerah Batang Padang ini adalah komuniti yang paling sihat di seluruh Perak mahupun di Malaysia.


SAMBUTAN HARI IBU DAN MESYUARAT AGUNG KELAS PKK ULU SLIM




Ulu Slim, 1hb Mei 2014 – Sempena cuti umum Hari Pekerja yang lalu, Jawatankuasa Kelas PKK KEMAS Kg Ulu Slim mengambil kesempatan untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Ibu peringkat kelas sekaligus mengadakan Mesyuarat Agung Kelas PKK kali ke-3.



Majlis ini telah dihadiri oleh Pengerusi WI Ulu Slim Puan Halimah bt Yunus sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung pada petang itu.  Turut hadir dalam majlis tersebut Cik Rohani bt Hj Khalid, Penyelia Bahagian Pendidikan Masyarakat dan Puan Sharifah bt Mohamed, MT Penyelia Pra Sekolah.

Majlis bertambah meriah dengan adanya Pertandingan Masakan Mee Goreng dan Pertandingan Gubahan daripada Span yang disertai oleh jawatankuasa dan peserta-peserta kelas.




Harapan agar kelas ini menjadi contoh kepada kelas-kelas yang lain dan didoakan semoga sentiasa menjadi yang terbaik serta sentiasa meningkatkan prestasi supaya menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.