Monday 16 June 2014

SAMBUTAN HARI IBU DAN MESYUARAT AGUNG KELAS PKK ULU SLIM




Ulu Slim, 1hb Mei 2014 – Sempena cuti umum Hari Pekerja yang lalu, Jawatankuasa Kelas PKK KEMAS Kg Ulu Slim mengambil kesempatan untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Ibu peringkat kelas sekaligus mengadakan Mesyuarat Agung Kelas PKK kali ke-3.



Majlis ini telah dihadiri oleh Pengerusi WI Ulu Slim Puan Halimah bt Yunus sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung pada petang itu.  Turut hadir dalam majlis tersebut Cik Rohani bt Hj Khalid, Penyelia Bahagian Pendidikan Masyarakat dan Puan Sharifah bt Mohamed, MT Penyelia Pra Sekolah.

Majlis bertambah meriah dengan adanya Pertandingan Masakan Mee Goreng dan Pertandingan Gubahan daripada Span yang disertai oleh jawatankuasa dan peserta-peserta kelas.




Harapan agar kelas ini menjadi contoh kepada kelas-kelas yang lain dan didoakan semoga sentiasa menjadi yang terbaik serta sentiasa meningkatkan prestasi supaya menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. 

No comments:

Post a Comment