Thursday 30 April 2015

WARNA WARNI GOTONG ROYONG KEMAS PARLIMEN TG. MALIM




Gotong Royong Perdana ini diadakan di semua premis KEMAS pada4hb April 2015  di seluruh negeri Perak dengan aktiviti menanam pokok jejarum sebagai simbolik Perlancaran Anugerah 3K KEMAS Negeri Perak. Tahniah dan terima kasih kepada semua kakitangan KEMAS Parlimen Tg Malim, jawatankuasa, ibu bapa, pemimpin2 yg hadir dan masyarakat yang tidak ketinggalan memeriahkan lagi aktiviti gotong-royong ini. Terima kasih kami ucapkan..










.

MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA

“Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” bermaksud mendidik anak- anak hendaklah dari kecil lagi. Peribahasa ini bersesuaian dengan hasrat KEMAS untuk membentuk kanak-kanak yang mempunyai penghayatan Islam dalam segenap kehidupan mereka. Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang amat baik untuk mendidik anak-anak agar cemerlang dan berguna kepada agama, bangsa  negara apabila dewasa kelak. Anak-anak menjadi lebih mendengar nasihat jika diasuh sedari kecil kerana belum terpengaruh dengan unsur negatif.

Jika bulan lepas KEMAS Parlimen Tg. Malim mengadakan Perlancaran Program Penghayatan Pendidikan Islam, maka pada  1 April 2015 yang lalu bermulalah program ini di beberapa tabika KEMAS di Parlimen Tg Malim. Antaranya Tabika KEMAS Felda Gunung Besout 03, Tabika KEMAS Balai Polis Tg. Malim dan Tabika KEMAS Felda Trolak Utara.

Disini, admin kongsikan warna warni dan gelagat kanak-kanak dalam program ini.