“Melentur buluh biarlah
daripada rebungnya” bermaksud mendidik anak- anak hendaklah dari
kecil lagi. Peribahasa ini bersesuaian dengan hasrat KEMAS untuk membentuk
kanak-kanak yang mempunyai penghayatan Islam dalam segenap kehidupan mereka.
Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang amat baik untuk mendidik anak-anak
agar cemerlang dan berguna kepada agama, bangsa negara apabila dewasa
kelak. Anak-anak menjadi lebih mendengar nasihat jika diasuh sedari kecil
kerana belum terpengaruh dengan unsur negatif.
Jika bulan lepas KEMAS Parlimen Tg. Malim mengadakan Perlancaran Program Penghayatan Pendidikan Islam, maka pada 1 April 2015 yang lalu bermulalah program ini di beberapa tabika KEMAS di Parlimen Tg Malim. Antaranya Tabika KEMAS Felda Gunung Besout 03, Tabika KEMAS Balai Polis Tg. Malim dan Tabika KEMAS Felda Trolak Utara.
Disini, admin kongsikan warna warni dan gelagat kanak-kanak dalam program ini.
No comments:
Post a Comment