08 Ogos 2014,
Slim River – “Meluntur Buluh Biarlah Dari Rebungnya” peribahasa tersebut menerangkan
bahawa anak-anak perlulah dididik bermula sejak kecil kerana anak-anak ibarat
kain putih yang perlu kita corakkan dengan corak yang menarik dan perlu
dipenuhkan dengan ilmu dan akhlak.
Pada
tahun ini, Hari Potensi Kanak-kanak KEMAS bertemakan pertandingan dalaman
seperti Pertandingan Tilawah dan terjemahanya, Nasyid, Rekacipta, Tarian,
Pidato, Bercerita, Story Telling, Kompang Berformasi, Kanak-kanak Cemerlang dan
PM Inovasi dan Interactive Whiteboard.
Hari
Potensi KEMAS Parlimen Tg. Malim bertujuan ingin melihat bakat-bakat yang ada
pada kanak-kanak dan seterusnya memilih mereka untuk ke peringkat yang lebih
jauh. Disini disertakan gambar sepanjang perjalanan Hari Potensi KEMAS Parlimen Tg. Malim. Semoga mendapat manfaat..;)
 |
Pendaftaran peserta-peserta |
 |
Pertandingan Rekacipta yang memerlukan kreativiti yang tinggi untuk menjayakanya. Syabas! Anak-anak.. |
 |
Pertandingan Kompang Berformasi |
 |
Tarian |
 |
Boneka Tangan |
 |
Nasyid |
 |
Tarian |
Turut hadir dalam menjayakan majlis ialah Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Tg. Malim, Tn Hj Syed Mohd Damiri b Syed Mohd Nor dan Penyelia Pra Sekolah Parlimen Tambun, Puan Noorfadhilah bt Bahari sebagai hakim di majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment