Monday 30 March 2015

"ADIK SIHAT SEMUA SAYANG"

“Adik Sihat Semua Sayang”.  Itulah tagline yang digunakan oleh Pemaju-pemaju Masyarakat Tabika dan dibantu Pegawai-pegawai Kesihatan yang melakukan Pemeriksaan Kesihatan dan Gigi kepada kanak-kanak tabika di beberapa Tabika KEMAS Parlimen Tg. Malim. Pendekatan yang bijak dan mesra daripada Pegawai-pegawai Kesihatan dari Poliklinik Kesihatan Slim River ini  telah menambat hati kanak-kanak ini untuk segera melakukan pemeriksaan kesihatan.




Kecomelan dan keterujaan kanak-kanak ini mempercepatkan lagi urusan pihak pegawai yang hadir.  Dalam Lawatan Pemeriksaan Kesihatan dan Gigi baru-baru ini pegawai-pegawai ini memberi pendedahan kepada Pemaju Masyarakat Tabika dan kanak-kanak tentang kepentingan penjagaan kuku, badan, gigi dan kebersihan diri.

Di peringkat awal kanak-kanak telah diberi perhatian dan keutamaan. Dengan kefahaman yang diterangkan di peringkat awal kanak-kanak akan mendorong mereka untuk terus mengutamakan kesihatan diri apabila mereka dewasa kelak.  Dari pandangan umum membuktikan bahawa kanak-kanak ini telah melalui proses penjagaan kesihatan dan ketrampilan diri sejak dari kecil lagi.





Dengan lawatan ini menunjukkan komitmen kedua-dua jabatan iaitu KEMAS dan Kesihatan dalam memastikan tahap kesihatan kanak-kanak dalam keadaan terjaga daripada dijangkiti penyakit. Cara ini dapat membantu KEMAS dalam menjaga hubungan baik dengan jabatan lain dan masyarakat serta dapat membantu KEMAS dalam mengekalkan prestasi dalam memajukan masyarakat.


No comments:

Post a Comment