Memanjatkan kesyukuran pada Allah yang Satu kerana memberi nikmat keamanan kepada Negara kita..Negara Malaysia. Harga sebuah kemerdekaan tidak dapat dibayar dengan wang ringgit kerana itulah sedari kecil kita perlu menerapkan jati diri dan sayangkan tanah air kepada anak-anak kita agar mereka faham dan tahu bahawa untuk mencapai kemerdekaan bukanlah mudah seperti yang disangka.
Saban tahun kita menyambut kemerdekaan dengan pelbagai cara. Ada yang membaca Yassin memohon doa, ada yang menjalankan program hanya semata-mata untuk memberi kesedaran kepada anak-anak muda. Yang penting bukan program yang melanggar syariat dan batas-batas agama. Kita diberi pilihan untuk memilih mana yang terbaik untuk agama, bangsa dan tanah air.
Disini admin kongsi kan gambar-gambar sepanjang program kemerdekaan yang dijalankan di KEMAS Parlimen Tg. Malim. Kalau nk tgk yg banyak lagi boleh la klik sini https://www.facebook.com/profile.php?id=100006740836701. Semoga bermanfaat.
Thursday, 1 October 2015
Wednesday, 30 September 2015
TAKKAN HILANG BISA ULAR MENYUSURI AKAR
'Jika Ular Menyusur Akar, Tidak Akan Hilang Bisanya'. Itulah peribahasa Melayu yang paling tepat diberi kepada Pengarah KEMAS Negeri Perak, Tuan Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi. Peribahasa tersebut bermaksud Orang yang mulia, berpangkat tinggi atau berkuasa tidak akan hilang martabatnya jikalau merendah diri ataupun bergaul dengan orang kebanyakan.
Kehadiran Tuan Pengarah ke Jamuan Raya Tabika KEMAS Orang Asli Kg Chang sememangnya ditunggu oleh penduduk di kampung tersebut. Ini terbukti dengan kehadiran dalam majlis tersebut mencecah hingga ker 100 orang tidak termasuk kanak-kanak.
Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang, Penyelia Kanan Parlimen Tg. Malim, Tok Batin, Pegawai JAKOA dan Pengerusi Tabika.
Semoga dengan kehadiran Tuan Pengarah ini dapat meningkatkan lagi semangat dan pemahaman masyarakat Orang Asli di sini tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak. Ini kerana anak-anak ini yang akan mengubah kehidupan keluarga yang lebih selesa.
SEMOGA BERJUMPA LAGI
AIDILFITRI DI FELDA GUNUNG BESOUT 2
Raya datang lagi.. Alhamdulillah raya kali ini bertambah manis dengan kehadiran Pengarah KEMAS Negeri Perak Tuan Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi. "Mesra dan tahu bawa diri". Itulah antara pendapat Ketua UMNO Cawangan Felda Gunung Besout 02, Encik Abd Rahim bin Malkan tentang Tuan Pengarah.
Ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengarah pihak KEMAS Parlimen Tg. Malim,Pengerusi dan Jawatankuasa Tabika Felda Gunung Besout 02 ucapkan kerana Tuan Pengarah sudi hadir dan melapangkan masa dalam kesibukan beliau dalam tugasan yang lain.
Turut hadir dalam majlis ini Pengerusi Tabika, Ketua UMNO Cawangan, Pengerusi GPW dan Ketua Wanita UMNO Cawangan. Semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.
Ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengarah pihak KEMAS Parlimen Tg. Malim,Pengerusi dan Jawatankuasa Tabika Felda Gunung Besout 02 ucapkan kerana Tuan Pengarah sudi hadir dan melapangkan masa dalam kesibukan beliau dalam tugasan yang lain.
Turut hadir dalam majlis ini Pengerusi Tabika, Ketua UMNO Cawangan, Pengerusi GPW dan Ketua Wanita UMNO Cawangan. Semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.
ZIARAH AIDILFITRI
Ziarah-menziarahi amalan mulia yang dituntut Islam kepada umatnya. Itulah aktiviti Pemaju Masyarakat PKK KEMAS Parlimen Tg. Malim sepanjang Syawal yang lepas. Ziarah Aidilfitri ke rumah peserta adalah rutin tahunan kerana ianya dapat merapatkan silaturrahim antara Pemaju Masyarakat PKK dengan peserta-peserta kelas.
INTEGRITI DAN KESETIAN KEPADA NEGARA MENJADI PRINSIP
Persidangan UMNO Bahagian Tg Malim yang diadakan pada 02 Ogos 2015 yang lalu telah dihadiri oleh YB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkuatkuasa 29 Julai 2015 yang lalu. Persidangan ini diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Maktab Rendah Sains Mara FELDA Kampus Tun Abdul Razak, Sungkai.
Pesanan beliau kepada kakitangan KEMAS Parlimen Tg. Malim dalam perjumpaan seketika seusai persidangan antaranya adalah Integriti Kerja. Tugasan yang diberi perlu dilaksanakan dengan ikhlas supaya setiap tugasan dapat diselesaikan dengan lancar dan hasilnya akan berkualiti.
Selain itu beliau menekankan agar perlu setia dengan negara dengan kata lain sayangi negara agar tiada kumpulan atau kelompok yang dapat memecah belahkan perpaduan negara. Orang Islam dan orang Melayu perlu bersatu padu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
































































