Wednesday 30 September 2015

TAKKAN HILANG BISA ULAR MENYUSURI AKAR



'Jika Ular Menyusur Akar, Tidak Akan Hilang Bisanya'. Itulah peribahasa Melayu yang paling tepat diberi kepada Pengarah KEMAS Negeri Perak, Tuan Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi.  Peribahasa tersebut bermaksud Orang yang mulia, berpangkat tinggi atau berkuasa tidak akan hilang martabatnya jikalau merendah diri ataupun bergaul dengan orang kebanyakan.



Kehadiran Tuan Pengarah ke Jamuan Raya Tabika KEMAS Orang Asli Kg Chang sememangnya ditunggu oleh penduduk di kampung tersebut.  Ini terbukti dengan kehadiran dalam majlis tersebut mencecah hingga ker 100 orang tidak termasuk kanak-kanak.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang, Penyelia Kanan Parlimen Tg. Malim, Tok Batin, Pegawai JAKOA dan Pengerusi Tabika.




Semoga dengan kehadiran Tuan Pengarah ini dapat meningkatkan lagi semangat dan pemahaman masyarakat Orang Asli di sini tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak.  Ini kerana anak-anak ini yang akan mengubah kehidupan keluarga yang lebih selesa.





SEMOGA BERJUMPA LAGI

No comments:

Post a Comment