Wednesday 30 September 2015

INTEGRITI DAN KESETIAN KEPADA NEGARA MENJADI PRINSIP




Persidangan UMNO Bahagian Tg Malim yang diadakan pada 02 Ogos 2015 yang lalu telah dihadiri oleh YB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkuatkuasa 29 Julai 2015 yang lalu.  Persidangan ini diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Maktab Rendah Sains Mara FELDA Kampus Tun Abdul Razak, Sungkai.


Pesanan beliau kepada kakitangan KEMAS Parlimen Tg. Malim dalam perjumpaan seketika seusai persidangan antaranya adalah Integriti Kerja. Tugasan yang diberi perlu dilaksanakan dengan ikhlas supaya setiap tugasan dapat diselesaikan dengan lancar dan hasilnya akan berkualiti.

Selain itu beliau menekankan agar perlu setia dengan negara dengan kata lain sayangi negara agar tiada kumpulan atau kelompok yang dapat memecah belahkan perpaduan negara.  Orang Islam dan orang Melayu perlu bersatu padu.






No comments:

Post a Comment