Wednesday, 30 September 2015

INTEGRITI DAN KESETIAN KEPADA NEGARA MENJADI PRINSIP




Persidangan UMNO Bahagian Tg Malim yang diadakan pada 02 Ogos 2015 yang lalu telah dihadiri oleh YB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkuatkuasa 29 Julai 2015 yang lalu.  Persidangan ini diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Maktab Rendah Sains Mara FELDA Kampus Tun Abdul Razak, Sungkai.


Pesanan beliau kepada kakitangan KEMAS Parlimen Tg. Malim dalam perjumpaan seketika seusai persidangan antaranya adalah Integriti Kerja. Tugasan yang diberi perlu dilaksanakan dengan ikhlas supaya setiap tugasan dapat diselesaikan dengan lancar dan hasilnya akan berkualiti.

Selain itu beliau menekankan agar perlu setia dengan negara dengan kata lain sayangi negara agar tiada kumpulan atau kelompok yang dapat memecah belahkan perpaduan negara.  Orang Islam dan orang Melayu perlu bersatu padu.






Thursday, 2 July 2015

KEK LUMUT KUKUS




RESEPI KEK LUMUT KUKUS

BAHAN-BAHAN:
1 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Horlicks
3/4 Cawan Gula Hangus
250gram mentega
4 Biji Telur
4 Sude Besar Seri Kaya
1/4 Cawan Susu Pekat Manis
1 Sudu Esen Vanilla
Pewarna Hijau secukupnya

CARA-CARA :
1)  Pukul mentega bersama gula hangus hingga kembang dan berkrim, gunakan kelajuan yang maksimum
2)  Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati, dan masukkan lagi telur sebiji demi sebiji
3)  masukkan susu dan seri kaya, ratakan
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan horlicks dan gaul sebati.
5)  Masukkan esen vanilla dan pewarna hijau, gaul sebati
6)  Tuang didalam loyang
7)  Kukus selama 2 1/2 jam.

Saturday, 27 June 2015

MINI SUKAN TAHUNAN TABIKA FELDA GUGUSAN BESOUT


Mini Sukan Tahunan Tabika KEMAS Felda Gugusan Besout telah diadakan pada 26 Mei 2015 yang lalu di Padang Awam Besout 01. Setiap tahun sukan ini diadakan dengan menggabungkan tabika-tabika KEMAS yang berada di Felda Besout dari Felda Besout 01 hingga Felda Besout 04.





Sukan dirasmikan oleh Tuan Syambas bin Palil, Pengurus Felda Gunung Besout 01.  Dalam ucapan beliau, beliau berharap agar guru-guru banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak ini kerana daripada guru-guru inilah anak-anak ini dapat mengenal huruf, membaca dan mengira. Dan semoga bertemu lagi di sukan tahun akan datang.



WARNA WARNI MINI SUKAN TAHUNAN









MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGGERAK GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW) 3.0


Selama 2 hari di Teratak Affrina Chalet, Batu Kurau bermula 19 Mei 2015 hingga 20 Mei 2015 yang lalu telahdiadakan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Penggerak Gerakkan Daya Wawasan(GDW) 3.0 dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada penggerak-pengerak KEMAS Negeri Perak.





SAMBUTAN HARI PENDIDIK 2015 DAN BENGKEL ZON E



Sambutan Hari Pendidik KEMAS Negeri Perak 2015 dan Bengkel Pemantapan Tugas Pemaju Masyarakat Pelbagai Jurusan Zon Epada 16 Mei 2015 bertempat di Dewan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesen.





Antara ucapan Tuan Pengarah dalam sambutan hari tersebut, beliau mengharapkan semua kakitangan sentiasa optimis dan sentiasa memberi komitmen yang tinggi kepada setiap tugasan yang diberikan. Ucapan terima kasih juga beliau ucapkan kepada semua kakitangan kerana sentiasa memberi sokongan kepada beliau dan jabatan.



 
Diakhir ucapan beliau, beliau mengucapkan SELAMAT HARI PENDIDIK kepada semua kakitangan kerana banyak berkorban demi memastikan anak-anak murid berjaya dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.



MAJLIS PENYERAHAN KUNCI BANGUNAN KHAS TABIKA KEMAS KG KUALA SLIM






"Terima Kasih kepada KEMAS dan KKLW yang telah merealisasikan harapan kami penduduk Kg Kuala Slim dengan pembinaan Bangunan Khas Tabika KEMAS di kampung ini. Dengan adanya bangunan tabika yang baru ini, memberi saya semangat untuk melakukan lebih banyak perancangan bersama KEMAS di kampung kami" - Ketua Kampung Kg Kuala Slim.

Itulah yang diluahkan oleh Ketua Kampung Kg Kuala Slim dalam  Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Khas Tabika KEMAS Kg Kuala Slim yang diadakan pada 07 Mei 2015 yang lalu. 
Turut hadir dalam majlis ini Pengarah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah(KKLW) Tuan Meor Hidayat, Pengarah KEMAS Negeri Perak Tuan Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi, Pegawai-pegawai dari KKLW, Pegawai-pegawai dari KEMAS Ibu Pejabat dan KEMAS Negeri Perak, Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang EN Helmi Zulkifli dan Tn Hj Syed Mohd Damiri bin Syed Mohd Nor Penyelia Kanan Khas Daerah Batang Padang.

Ucapan Pengarah KEMAS Negeri Perak

Ucapan Pengarah KKLW
Menurut Tuan Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi Pengarah KEMAS Negeri Perak menyatakan ucapan terima kasih dan perasaan bangga beliau kerana Pengerusi Tabika tidak putus asa memohon supaya bangunan ini diluluskan agar anak-anak kampung ini mendapat pendidikan yang selesa. Dan beliau juga menyatakan ucapan terima kasih kerana sentiasa memberi kepercayaan dan kerjasama kepada KEMAS dalam membuat perancangan aktiviti kampung.



Harapan beliau agar penduduk kampung ini mengambil kesempatan dengan mengadakan program-program dengan penglibatan KEMAS supaya silaturrahim antara penduduk kampung KEMAS sentiasa terjalin.





Friday, 1 May 2015

SAYA CUBA, SAYA BUAT DAN SAYA BERJAYA!!!


Warna warni sepanjang April 2015 di seluruh Tabika KEMAS Parlimen Tg. Malim. Saya Cuba, Saya Buat dan Saya Berjaya..Mari kita intai-intai apa yang yang kanak-kanak di tabika KEMAS Parlimen Tg. Malim Cuba, Buat dan akhirnya mereka Berjaya....




Bukan setakat sandwich sahaja, malah aiskrim pun ada juga..