Saturday, 27 June 2015

SAMBUTAN HARI PENDIDIK 2015 DAN BENGKEL ZON E



Sambutan Hari Pendidik KEMAS Negeri Perak 2015 dan Bengkel Pemantapan Tugas Pemaju Masyarakat Pelbagai Jurusan Zon Epada 16 Mei 2015 bertempat di Dewan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesen.





Antara ucapan Tuan Pengarah dalam sambutan hari tersebut, beliau mengharapkan semua kakitangan sentiasa optimis dan sentiasa memberi komitmen yang tinggi kepada setiap tugasan yang diberikan. Ucapan terima kasih juga beliau ucapkan kepada semua kakitangan kerana sentiasa memberi sokongan kepada beliau dan jabatan.



 
Diakhir ucapan beliau, beliau mengucapkan SELAMAT HARI PENDIDIK kepada semua kakitangan kerana banyak berkorban demi memastikan anak-anak murid berjaya dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.



MAJLIS PENYERAHAN KUNCI BANGUNAN KHAS TABIKA KEMAS KG KUALA SLIM






"Terima Kasih kepada KEMAS dan KKLW yang telah merealisasikan harapan kami penduduk Kg Kuala Slim dengan pembinaan Bangunan Khas Tabika KEMAS di kampung ini. Dengan adanya bangunan tabika yang baru ini, memberi saya semangat untuk melakukan lebih banyak perancangan bersama KEMAS di kampung kami" - Ketua Kampung Kg Kuala Slim.

Itulah yang diluahkan oleh Ketua Kampung Kg Kuala Slim dalam  Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Khas Tabika KEMAS Kg Kuala Slim yang diadakan pada 07 Mei 2015 yang lalu. 
Turut hadir dalam majlis ini Pengarah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah(KKLW) Tuan Meor Hidayat, Pengarah KEMAS Negeri Perak Tuan Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi, Pegawai-pegawai dari KKLW, Pegawai-pegawai dari KEMAS Ibu Pejabat dan KEMAS Negeri Perak, Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang EN Helmi Zulkifli dan Tn Hj Syed Mohd Damiri bin Syed Mohd Nor Penyelia Kanan Khas Daerah Batang Padang.

Ucapan Pengarah KEMAS Negeri Perak

Ucapan Pengarah KKLW
Menurut Tuan Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi Pengarah KEMAS Negeri Perak menyatakan ucapan terima kasih dan perasaan bangga beliau kerana Pengerusi Tabika tidak putus asa memohon supaya bangunan ini diluluskan agar anak-anak kampung ini mendapat pendidikan yang selesa. Dan beliau juga menyatakan ucapan terima kasih kerana sentiasa memberi kepercayaan dan kerjasama kepada KEMAS dalam membuat perancangan aktiviti kampung.



Harapan beliau agar penduduk kampung ini mengambil kesempatan dengan mengadakan program-program dengan penglibatan KEMAS supaya silaturrahim antara penduduk kampung KEMAS sentiasa terjalin.





Friday, 1 May 2015

SAYA CUBA, SAYA BUAT DAN SAYA BERJAYA!!!


Warna warni sepanjang April 2015 di seluruh Tabika KEMAS Parlimen Tg. Malim. Saya Cuba, Saya Buat dan Saya Berjaya..Mari kita intai-intai apa yang yang kanak-kanak di tabika KEMAS Parlimen Tg. Malim Cuba, Buat dan akhirnya mereka Berjaya....




Bukan setakat sandwich sahaja, malah aiskrim pun ada juga..





PERLANTIKAN PENOLONG PENDAFTAR PEMILIH KEPADA KETUA KAMPUNG


Taklimat Penolong Pendaftar Pemilih (SPR) dan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Penolong Pendaftar Pemilih (SPR) kepada Ketua Kampung Parlimen Tg. Malim yang diadakan pada 15 April 2015 yang lalu bertempat di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Sungkai.





Turut hadir dalam majlis ini YB. Dato' Mohd Khusairi b Hj Abd Talib Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Slim, Tuan Ahmad Kamal Idris b Hj Mohd Nawawi Pengarah KEMAS Negeri Perak, Pn Norhasliza bt Hj AhmadPegawat Tadbir SPR Negeri Perak, Pn Noor Zaizah bt Mohd Razali Pen. Pegawai Daerah Slim/Tg.Malim dan En. Helmi bin Zulkifli Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang.





Harapan semoga dengan taklimat yang diberi oleh SPR ini dapat memberi kefahaman kepada ketua-ketua kampung yang dilantik memainkan peranan di peringkat lapangan seterusnya dapat membantu SPR dalam memudahkan urusan pendaftaran pengundi di peringkat kampung. Tahniah kepada semua yang dilantik.



5T : TAPAI, TEMPE, TAU FU FA, TAUGEH DAN TAUHU


Kolej Komuniti Sabak Bernam bersam Kumpulan An-Najah Bahagian WI Slim River mengadakan Kursus Pemprosesan Produk Makanan bermula 3 hinga 5 April 2015 dan telah menjemput Bahagian BPM KEMAS Parlimen Tg. Malim untuk turut serta dalam kursus tersebut.

 






Kandungan kursus ini lebih fokus kepada 5T iaitu pemprosesan TAPAI, proses TEMPE, membuat TAU FU FA, membuat TAUHU KERAS dan penanaman TAUGEH.




Semoga dengan mengikuti kursus ini, Pemaju Masyarakat BPM KEMAS Parlimen Tg. Malim dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi ke peringkat lapangan. Tahniah diucapkan kepada semua Pemaju Masyarakat BPM.






Thursday, 30 April 2015

WARNA WARNI GOTONG ROYONG KEMAS PARLIMEN TG. MALIM




Gotong Royong Perdana ini diadakan di semua premis KEMAS pada4hb April 2015  di seluruh negeri Perak dengan aktiviti menanam pokok jejarum sebagai simbolik Perlancaran Anugerah 3K KEMAS Negeri Perak. Tahniah dan terima kasih kepada semua kakitangan KEMAS Parlimen Tg Malim, jawatankuasa, ibu bapa, pemimpin2 yg hadir dan masyarakat yang tidak ketinggalan memeriahkan lagi aktiviti gotong-royong ini. Terima kasih kami ucapkan..










.

MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA

“Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” bermaksud mendidik anak- anak hendaklah dari kecil lagi. Peribahasa ini bersesuaian dengan hasrat KEMAS untuk membentuk kanak-kanak yang mempunyai penghayatan Islam dalam segenap kehidupan mereka. Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang amat baik untuk mendidik anak-anak agar cemerlang dan berguna kepada agama, bangsa  negara apabila dewasa kelak. Anak-anak menjadi lebih mendengar nasihat jika diasuh sedari kecil kerana belum terpengaruh dengan unsur negatif.

Jika bulan lepas KEMAS Parlimen Tg. Malim mengadakan Perlancaran Program Penghayatan Pendidikan Islam, maka pada  1 April 2015 yang lalu bermulalah program ini di beberapa tabika KEMAS di Parlimen Tg Malim. Antaranya Tabika KEMAS Felda Gunung Besout 03, Tabika KEMAS Balai Polis Tg. Malim dan Tabika KEMAS Felda Trolak Utara.

Disini, admin kongsikan warna warni dan gelagat kanak-kanak dalam program ini.