Wednesday, 25 November 2015
KUSYEN ROSE
Felda Gunung Besout - 27 Oktober 2015 yang lalu Di KKD Kilang Besout telah diadakan kelas PKK dengan pembelajaran cara membuat Kusyen Rose. Puan Moli binti Taharim PM PKK KEMAS Parlimen Tg. Malim merupakan tenaga pengajar di kelas tersebut.
PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA
Kg Rasau - 24 Oktober yang lalu diadakan Program Kacau Bubur Asyura di Bangunan Khas Kelas PKK Kg Rasau.
HARI Q, KONVENSYEN KIK & PELANCARAN KOSPEN DAERAH BATANG PADANG
Sungkai - Bertempat di Institut Latihan Statistik Malaysia(ILSM) telah diadakan Hari Q, Konvensyen KIK & Pelancaran KOSPEN Daerah Batang Padang pada 25 Oktober 2015 yang lalu. Program dimulakan seawal jam 8.30 pagi. Sebelum majlis perasmian berlangsung, Pertandingan Poster kampung-kampung KOSPEN tahun 2014 diadakan.
Majlis Perasmian disempurnakan oleh Tn. Hj. Razali bin Bakar (Pegawai Daerah Batang Padang). Turut hadir Tn Hj Syed Mohd Damiri bin Syed Mohd Nor (Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Tg. Malim), Tuan Pengarah Hospital Slim River, Dr. Raja Mohd Azim bin Raja Haron (Pegawai Kesihatan Daerah Batang Padang), wakil-wakil jabatan, Ketua-ketua Kampung KOSPEN dan Sukarelawan-sukarelawan KOSPEN.

Malaysia Bersukan.....
Menjadi saksi 10.10.2015 Malaysia seluruhnya keluar bersama-sama "BERSUKAN" sempena Hari Sukan Negara. Tidak ketinggalan KEMAS Parlimen Tg. Malim yang turut sama menjayakanya.
Di Dewan Serbaguna Felda Gunung Besout 02 program dijalankan.
Perasmian oleh Tn Fadzil bin Mansur Pengurus Felda Gunung Besout 02. Turut Tn Hj Syed Mohd Damiri bin Syed Mohd Nor Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Tg. Malim serta pemimpin-pemimpin tempatan.
Thursday, 1 October 2015
MAJLIS PELANCARAN SEMPENA HARI PENCEGAHAN BUNUH DIRI SEDUNIA PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN DAERAH BATANG PADANG
10 September -
Mesyuarat KOSPEN Daerah Batang Padang bil 2/2015 di Pejabat Kesihatan Daerah
Batang Padang, Tapah. Hari ini juga diadakan Majlis Pelancaran Sempena Hari
Pencegahan Bunuh Diri Sedunia Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang
dengan tema "Menghulurkan Tangan dan Menyelamatkan Jiwa".
Subscribe to:
Posts (Atom)